Jumaat, 18 Oktober 2013

::KeRaNa ALLAH iTu MaHa PeNYaYaNG:



Ya Allah, pertama sekali, maafkan kami kerana kami x kuat untuk habis membaca rintihan seorang hambamu ini. Kami cepat bosan, hati kami penuh hal duniawi hingga kami sanggup ketepikan rintihan cinta seorang hamba kepadaMu. Ampunkan kami ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillahirabbi a'lamin...
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah sekalian alam
wa Sollatu wassalamu a'la asyrafil anbia walmursalin...
Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul
wa 'ala alihi wasohbihil mursalin...
dan keluarganya dan para sahabat keseluruhannya

Wahai Tuhan kami, berilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami
Nabi Muhammad s.a.w yang ummi dan atas keluarganya serta para sahabat

Wahai Allah, Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami
Ya Allah, Tuhan kami, ampunkan dosa mak ayah kami
Andaikata dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan sembahyang
Kau ampunkan dosa-dosa mereka
Ya Allah, Tuhan kami, ampunkan dosa mak ayah kami
Andai dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan puasa
Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka

Wahai Allah Tuhan kami
kami pernah dengar ada orang mak ayah yag ditakdirkan masuk neraka
Tapi disebabkan oleh anak-anak mereka yang soleh, 
Engkau selamatkan mereka dari neraka
dan masukkan mereka ke dalam syurga

Wahai Allah Tuhan kami, kami bukanlah anak yang soleh
Tapi kami nak supaya mak ayah kami masuk syurga
Wahai Allah ampunkan dosa kami semua
Wahai Allah Tuhan kami
ampunkan dosa semua orang Islam dalam dunia ini

Wahai Allah Tuhan kami
Yang sedang mendengar doa kami
ampunkan dosa kami semua 
Ya ALlah, kehidupan hidup kami berlalu hari demi hari
setiap dan kebaikan yang engkau beri kepada kami tidak berhenti-henti
Tapi wahai Allah, betapa zalim dan berdosanya kami
Kami telah jauh dari perintah-perintahMu

Ya Allah ampunkan kami
Berilah hati kami sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diKau berikan kepada kami
Wahai Allah Tuhan yang tak berhenti berbuat baik pada kami
Maafkan kami semua, maafkan semua orang Islam
Kami bertaubat pada dosa-dosa kami
Ya Allah Tuhan kami maafkan kami
Kami tahu tak ada yang mengasihani kami
lebih seperti Engkau mengasihi kami
Wahai Allah kami tahu tak ada yang mencintai kami
dan menyayangi kami 
lebih daripada Kau mencintai dan menyayangi kami

Wahai Allah tapi kami begitu berdosa dan zalim
dalam hati kami, kami tak tahu
Kami tak mampu nak paksa hati kami untuk datang dan mengingatiMu
Wahai Allah, hati kami belum benar-benar mencintaiMu dalam hati kami
Ampunkan dosa kami semua
Ya Allah, banyak masa dan nikmat yag Kau beri pada kami
Kami tak tahu berapa banyak masa lagi yang kami perlukan
Sedangkan dah habis sepauh hidup kami
tapi kami masih belum dekat kepadaMu
Wahai Allah, kami terlupa sudah separuh usia kami berlalu
Atau mungkin ini hujung usia kami
tapi wahai Allah, hati kami masih belum benar-benat mengingatiMu

Wahai Allah Tuhan kami, maafkanlah kami semua
Ya Allah maafkanlah semua orang Islam
Campakkanlah kasih sayang dikalangan hati-hati orang Islam
Wahai Allah, nabi kami tak tidur malam menangis untuk kami
Wahai Allah, nabi kami kelaparan tiga hari demi kami
Demi ummat ini, demi agama ini, anak-anak nabi berkorban
Wahai Allah, tapi wahai Allah
Mereka semua berkorban demi agama ini
Wahai Allah kami tidur lena, saudara-saudara kami dalam keadaan dibunuh diseluruh dunia
Wahai Allah, kami tidur lena, sedang saudara-saudara kami meninggalkan amalan agama
Wahai Allah, kami tidur lena, sedangkan sunnah nabi dikebumikan oleh orang Islam sendiri
Wahai Allah, kami tidur lena sedangkan orang Islam sendiri meninggalkan amalan agama
Wahai Allah, kesianlah saudara-saudara kami, kami sayang mereka keranaMu

Ya Allah, terimalah kami, mak ayah kami, isteri anak-anak kami
Kau pimpin dan pelihara mereka
Selamatkanlah umat ini
Wahai Allah, mana-mana manusia yang jauh daripada agama ini, 
Kau beri dekat mereka pada agama ini
Wahai Allah, orang yang tak pernah sembahyang
Kau kesianlah kepada mereka untuk beri hidayah mereka untuk sembahyang

Wahai Allah, wahai Allah, kami hidup
Usia kami berlalu tapi kami tak dekat padaMu
Wahai Allah kami tak tahu nak buat apa pada anak-anak muda kami
Ya Allah banyak maksiat melanda umat ini
Wahai Allah kemungkaran dan fitnah atas agama ini datang satu demi satu
Wahai Allah, wahai Allah, kita dah datang
Dakyah-dakyah orang bukan Islam datang
Tapi kami tak buat apa-apa untuk agama ini
Wahai Allah anak muda kami
Sedang habiskan hidup mereka dengan dosa dan maksiat
Ya Allah tunjuk kami apa yang kami patut buat
Wahai Allah, anak-anak kami Kau selamatlkan mereka
Kalau kami mati hari ini, kami tak tahu apa nasib kami
Wahai Allah, anak-anak kami tak tahu apa nasib mereka
Wahai Allah selamatkan anak-anak kami
Wahai Allah selamatkan umat ini
Wahai Allah kasihanilah kami
Kasihanilah umat ini

Wahai Allah satukanlah hati-hati orang Islam
Campakkanlah kasih sayang dikalangan kami dan semua orang Islam didalam dunia ini
Wahai Allah, kami tidur lena
Umat dalam keadaan mati tanpa agama
Wahai Allah ampunkanlah dosa kami
Dosa kami yang paling besar
Hati kami belum benar-benar mencintaiMu dengan sebenarnya

Wahai Allah maafkanlah kami
Kami belum kasih saudara kami seperti kami kasih diri kami sendiri
Tak beriman kami kalau kami tak sayang semua orang
Wahai Allah ampun dosa kami dan dosa umat ini
Ya Allah tolonglah kami semua
Ya Allah beri ikhlas amalan kami
Ya Allah maafkan kami
Ya Allah seandainya ada amalan kami sikit kami tak ikhlas
Jangan kau tolak amalan kami
Wahai Allah kami ada sedikit amalan
Ya Allah dalam hati kami ada riak, kibir, sum'ah, takabbur
Wahai Allah bersihkanlah hati kami
Wahai Allah Tuhan kami, Ya Allah jangan biarkan kami 

Tolong kami semua
Ya Allah kami tak tahu nak buat apa
Ya Allah kami tak nak hidup dalam membuta dosa
Ya Allah kami tak nak hidup dalam keadaan lalai
Dan kami tak nak hidup dalam keadaan berbuat maksiat
Ya Allah kami tak nak hidup dalam keadaan kami jauh daripada agama
Ya Allah kami tak nak hidup dalam keadaan kami melihat umat mati tanpa agama
Wahai Allah macam mana kami nak jumpa nabi kami
Nabi kami bagi nyawa
Isteri beliau meninggal demi agama
Tapi kami wahai Allah, kami lihat, kami tak ada apa-apa untuk agama
Kami tak korbankan pun tidur kami
Kami tidur lena, kami makan sedap
Umat dibunuh diseluruh dunia
Wahai Allah selamatkanlah saudara kami di Mesir dalam keadaan susah
Campak kasih sayang dikalangan mereka
Wahai Allah bantu saudara kami di Syria, di Palestin, diseluruh dunia

Ya Allah tolonglah kami semua 
Ya Allah kami tak mampu membuta apa-apa
Ya Allah campakkan kasih sayang di kalangan umat ini
Janganlah kami bergaduh kerana tanah, kerana dunia, kerana pangkat
kerana kuasa, kerana kebendaan
Ya Allah betapa hinanya orang Islam kalau bergaduh kerana dunia yang sedikit ini

Wahai Allah campakkanlah kasih sayang kepada suami isteri anak-anak adik-beradik dan umat ini
Wahai Allah kami tak pandai doa
Andai ada umat yang sakit, Kau sihatkanlah mereka
orang yang susah, Kau lapangkan
orang yang dalam keadaan perlukan, ada hajat, Kau penuhi hajat mereka
Wahai Allah saudara kami mungkin lapar, tak ada duit nak makan, Kau tolong mereka
Wahai Allah, saudara kami mungkin tak ada duit nak sekolahkan anak, Kau bantu mereka
Wahai Allah masih ramai orang Islam yang susah, Kau bantu mereka
Wahai Allah bagi mereka yang baru masuk Islam
Muallaf-muallaf, Kau bantu mereka
Mereka susah, mereka dipulaukan oleh keluarga mereka
Ya Allah kau selamatkanlah mereka, kesian mereka
Sepatutnya orang Islam bersaudara dengan mereka
Jadikan mereka keluarga-keluarga angkat mereka
tapi Wahai Allah orang bukan Islam terima agama Islam tidak dipedulikan
Ya Allah ampun dosa kami
Ya Allah kasihani kami
Bantu mereka
Hiburkan hati mereka kerana kehilangan keluarga mereka
Wahai Allah kasihanilah umat ini
Yang keluarga kami belum Islam
Berilah hidayah kepada Islam
Pakcik Makcik kami yang belum Islam
Datang kepada Islam
Wahai Allah adik beradik kami yang belum Islam beri hidayah kepada mereka untuk Islam
Wahai Allah, anak-anak saudara kami yang masih kecil berilah hidayah untuk datang kepada Islam
Wahai Allah kami tak boleh beri Islam kepada sesiapa kami nak
Ya Allah berilah hidayah Islam kepada semua orang

Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhirati hasanah
Wahai Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami dunia dan akhirat
waqina 'azabannar
dan selamatkan kami dari azab api neraka

**terima kasih ustaz ebit liew



Tiada ulasan: