Bismillahirrahmanirahim….
Allahumma
Solli a’la Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Muhammad…
Baru
beberapa hari yang lalu, sedih dengan pemergian suami kepada sahabat, Keesokan
harinya dikejutkan pula dengan kejadian ragut dialami adik kandung sendiri.
Allahu akbar. Bercampur baur perasaan. Kalau diikutkan hati, ingin turutkan saja
rasa marah dan dendam akibat perbuatan si peragut tu. Ujian demi ujian.
Jujurnya, aku sedikit rebah dengan semua yang bertimpa-timpa kini. Perkara yang
tidak diingini terjadi jua. Allah banyak ajarkan aku semua melalui wasilah ini.
Malam
hari itu, sedang seronok bergurau senda dengan adik-adik yang lain sambil menyuap
kudapan malam, tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat oleh seseorang. Ketukan yang
luar dari kebiasaan. Kuat dan bertalu-talu. Kami serumah terkejut dengan bunyi
tersebut. Ayah meluru kearah pintu untuk melihat empunya ketukan tersebut.
Nyata, yang terpampang di muka pintu adalah adik perempuan. Tapi dia senyap
sahaja. Tiba-tiba dia seolah-olah melambai ke luar, mengajak seseorang
mendekati ke pintu rumah. Seorang lelaki muncul. Adik yang tadi di pintu
tiba-tiba rebah ke lantai, menahan kesakitan.
“Anak
pakcik ni kena ragut.”
“Baru
je tadi. Baru je”
“Kebetulan
saya lalu kat situ, mak saya suruh tolong”
“Dalam
kereta dia tak habis-habis istighfar tahan sakit”
Mata
tetap terpana pada sekujur tubuh lemah adik. Luka dan darah di beberapa
bahagian badan. Wajahnya berkerut menahan sakit, mulutnya juga mengaduh.
Longlai di atas lantai bersandarkan sofa.
Ya
Allah…. Senyap semua. Riak muka ayah berubah. Hatiku mula tak keruan dengan
keadaan ini. Mak juga begitu. Adik-adik
yang tadi bergurau senda denganku terpana, senyap dan terus hilang selera
makan. Aku ‘blank’, tak tahu nak buat apa. Nak letak ubat? Nak basuh luka? Nak
balut? Aaahhh! Semuanya serba tak kena. Kejap naik, kejap turun tangga. Hatiku
tak keruan. Yang lain, membeku di tempat masing-masing. Ahhh…. Rasa tak guna,
belajar kecemasan tapi tak membantu pun! Satu tamparan hebat waktu tu.
Usai
ayah berbicara dengan lelaki yang membantu itu, ayah mengarahkan mak bersiap,
bawa adik ke hospital. Aku mengadap adik. “Sakit kat mana?”. No respons,
sekadar muka berkerut sahaja. “sakit kat mana? Mana? ” Adik mengacukan jari
tangannya ke arah pinggang. Aku selak kawasan tersebut, nyata ada kesan seret
disitu hinggalah ke peha. Allah… Bila cuba diselak, dia mangaduh kuat, tempat
yang paling sakit. Luka di pinggang melekat di pakaian menyebabkan ianya
bertambah pedih. Hematku, kalau dibiarkan melekat berterusan, lagi sukar untuk diceraikan.
Aku segera ambil tuala kecil untuk melindungi antara luka dan seluar. Kesan
pergelutan dengan peragut, akibatnya adik diseret oleh peragut yang menunggang
motor dari arah belakangnya, meninggalkan luka di tapak tangan, jari-jari,
siku, pinggang, peha, lutut dan jari kaki.
Ibu
memintaku teman bersama kerana dia takut tak mampu untuk menguruskan adik
nanti. Kereta membelah jalan raya di kota metropolitan. Sampai sahaja di depan
pintu kecemasan, orang lain bantu mengusung kerusi roda. Menunggu pemeriksaan awal.
Kukira
dia seorang doktor ataupun mungkin pegawai/pembantu kesihatan(MA). Nama adik
dipanggil, masuk ke pemeriksaan awal wad kecemasan. Melihatkan keadaan adikku,
dia sukar untuk membuat scanning. Baru aku perasan, adikku kaku di atas wheelchair
tersebut, nafasnya tercungap-cungap, badannya pula keras. Kebas. Kata Doc,
keadaan ini memang biasa berlaku kepada mangsa ragut. Bila alami kejadian
mengejutkan, trauma berlaku. Akal bercelaru, nafas kencang badan sejuk, dan
mengeras akibat terlebih oksigen dalam tubuh. Doc minta aku bantu. Mak pula
berkali-kali ucap, “jangan difikir benda tu. Tolong diri sendiri dulu. Ubat
sakit ni dulu. Ingat Allah”. Acap kali. Bila kata-kata tak terucap, mulutnya
berkumat kamit membaca sesuatu. Mungkin zikir dan doa tak putus-putus untuk
adikku. Mak di sisi, aku di belakang adikku, sambil memangku kepalanya.
Berusaha untuk menenangkan dia supaya mudah pemeriksaan dilakukan. Cuba untuk
beri semangat kepadanya sambil guide untuk lebih tenang. Beberapa bahagian
badan diperiksa, Doc syorkan untuk membuat x-ray kerana di bahagian tangan
terdapat bengkak dan tidak sakit. Berkemungkinan fracture atau patah. Alhamdulillah, lepas beberapa ketika, selesai
scanning, menunggu pula untuk pemeriksaan selanjutnya.
Lama
tempoh menunggu tersebut. Angka jam beralih tanpa henti setiap saat. Semasa
tempoh tersebut, aku dan mak cuba memberi kata-kata semangat dan positif
untuknya. Bisikan arahan diberikan untuk memandu dia menggerakkan sendiri
bahagian badan yang katanya kebas dan kejang. Alhamdulillah, walaupun aku agak
tegas disitu demi Allah, aku tiada niat untuk menyakitinya. Cukuplah dapat
memberinya kekuatan atas usahanya sendiri. Once jari jemarinya dapat digenggam,
aku memujinya (dalam hatinya bukan kepalang rasa bersyukur), kemudian mengarahkan
pula untuk menggerakkan kaki sedikit demi sedikit. Alhamdulillah,
lama-kelamaan, kedua-dua nya mampu digerakkan. Dia berterusan menggenggam dan
melepaskan jari tangan dan menggerakkan kaki. Keadaan menjadi lebih tenang
untuk adikku selepas beberapa ketika. Dalam pada itu, aku turut menyelitkan
gurauan, sekadar untuk melupakan seketika kejadian buruk tadi dan untuk
membuatkan adik lebih warm.
Malam
itu, ramai pengunjung wad kecemasan tapi masih terkawal. Lebih kurang jam 2
pagi, adik dipanggil masuk untuk pemeriksaan detail oleh doctor. Ketika ini, adik
sudah tenang dan tidak seperti awalnya tadi. Pemeriksaan jadi mudah meskipun
sedikit sakit akibat luka yang terbuka itu. Ke
ruangan x-ray pula untuk memeriksa kedua-dua belah tangan. Sekeliling
kami penuh dengan pesakit yang luka lebih teruk, kejadian lebih kurang sama
dengan adikku, ada pengunjung biasa datang untuk mendapatkan rawatan, excident dan
lain-lain. Melihatkan macam-macam kes malam tu, tiba-tiba raungan wanita
memecah suasana kawasan wad kecemasan. Tangisan sendu dan kuat sambil bicara
yang terputus-putus. Ahli keluarganya baru sahaja meninggal dunia, dan wanita
berkenaan menghubungi ahli keluarga yang
lain. Sayu dengan keadaan tersebut. Takziah untuk beliau.
Selesai
x-ray dan pemeriksaan doctor, adik kemudiannya disahkan mengalami luka-luka di
bahagian terbabit dan tiada fracture atau patah tulang. Alhamdulillah. Kami
pulang daripada hospital setelah mengambil ubat. 2:45 pagi.
Semua
berdiam diri, sesekali ayah berbicara topik lain dengan mak, kereta laju
membelah jalan pagi dinihari. Jalan ke rumah straight di hadapan traffic light,
tapi tiba-tiba kereta membelok memasuki satu tempat yang lain. Okeyh… turunlah
kami di hadapan balai polis untuk membuat laporan. Berpasangan mata melihat ke
arah kami memasuki balai. Kalau boleh, setiap orang di balai itu Tanya apa yang
terjadi sebab jelas, adik jalan berpangku tangan pada ibu, luka pula jelas
kelihatan di jari kaki dan tangan. Sejam lebih di balai, naik turun untuk
proses tersebut. Dalam beg tangan yang diragut itu ada banyak sangat barang
penting. Handphone, blackberry, duit RMxxx, 2 kad ATM bank, kad matrik, kunci
rumah, kunci asrama, ic, etc.
Sehari
dua selepas kejadian, adik tak banyak berbicara. Senyap. Ada la sikit semasa
hari pertama, sebab bantu dia letak ubat pada luka sambil bergurau. Masa ni
suka la sebab saya boleh balas dendam (hehehe). Keesokkan harinya, aku kerja,
tak dapat letak ubat seperti semalamnya. Pulang kerja, Tanya keadaan diri dia,
langsung sepatah tidak menjawab. Tanya mak, mak pun kata macam tu la keadaan
dia. Bila ditanya, senyap. Aku lihat raut wajahnya ada rupa kemarahan. Dendam.
Ya Allah, ketika ini, dia sama sekali berbeza daripada dulu. Sungguh, hatiku
sedih dengan keadaan ini. Trauma dialaminya turut memberi kesan padaku. Setiap
hari pergi kerja, lalu tempat kejadian. Dalam kepala asyik terfikirkan adik yang
kesakitan dan trauma. Ya Allah, Allah sahaja yang tahu sedih dalam hati. Siapa
nak adik berubah seperti itu. Takut menanti hari mendatang dalam keadaan macam
ni. Kononya aku kuat tapi yang sebenarnya aku juga lemah. Menyembunyikan
airmata disebalik kegagahan berhadapan dengan mak, adik-adik. Susahnya nak
menggagahkan diri saat rasa rebah.
Mohon
doa daripada semua. Kami masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana pada peragut
tersebut mungkin masih menyimpan kunci rumah, tambahan pula ic adik beralamat
rumah ini. Doakan kami, keselamatan kami, kesihatan adik dan semuanya. Allah
sahaja tempat kami bertawakkal.
*kejadian
ini telah berlaku beberapa hari yang lalu, keesokan hari selepas berita
kematian suami sahabat. Malam, sabtu yang lalu, 9 November 2013.
Jam tangan adik sewaktu kejadian. Cermin tanggal, jarum jam bengkok. Jadi tatapan setiap hari di meja opis untuk kuatkan diri. =( |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan