It’s All About Stress….
“60% daripada perkara-perkara yang kita takuti dalam hidup adalah
dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas”
19. Sesungguhnya
manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. (Indeed, mankind was created
anxious:)
20. Apabila
ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. (When evil touches him, impatient,)
21. Dan apabila
mendapat kesenangan dia sangat bakhil. (And when good touches him,
withholding [of it],)
Tanda
kesempurnaan manusia adalah apabila dia tidak sempurna. Dan stres antara bukti
manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia perlukan
stres. Sedikit stres diperlukan untuk
menghasilkan kerja yang
berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, stres akan menyebabkan
pelbagai masalah.
Allah
menciptakan stres
untuk
manusia bagi meningkatkan
tumpuan minda terhadap sesuatu tugasan. Stres adalah mekanisme yang berlaku dalam
tubuh manusia untuk bersedia menghadapi sebarang situasi yang mencabar dari
luar.
Saintifiknya,
apabila berlaku stres, medulla oblongata (satu bahagian di otak) akan merembeskan
hormon adrenalin dan kelenjar adrenal akan mengeluarkan hormon kartisol.
Bekalan darah lebih akan dihantar ke otot berbanding ke sistem penghadaman.
Hormon ini mengawal tahap glukos dalam darah, membantu pertahanan badan
terhadap jangkitan dan membantu badan bertindak balas terhadap stres. Namun, hormon berlebihan akan menyebabkan kekurangan penghasilan hemoglobin di dalam badan sehingga berlaku kekurangan oksigen dan seterusnya menyebabkan fungsi otak dan badan
menjadi lemah. (Buku Terapi
Solat Tahajud; http://spaceofilmu.blogspot.com/2009/06/kerja-nan-indah.html)
Jenis Stress
Pakar-pakar telah membahagikan stres kepada dua
iaitu:
1.
Eutress; stres yang terkawal dan membawa manfaat
2.
Distress; stres yang berlebihan dan membawa mudarat
Stres
dapat dimanfaatkan jika diuruskan dengan cara yang betul dan baik;
Manfaat
Stres
|
||
1.
|
Stres
akibat takut gagal
|
Menyebabkan
kita bangun berusaha dengan lebih gigih
|
2.
|
Stres
akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa
|
Menyebabkan
kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan
positif bagi membetulkan keadaan.
|
3.
|
Stres
kerana jahil
|
Mendorong
seseorang itu bangun menimba ilmu
|
4.
|
Stres
kerana merasakan diri berdosa
|
Mendorong
orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan
bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam
|
5.
|
Stres
kerana merasakan diri tiada pencapaian
|
Memotivasikan
diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup
|
6.
|
Stres
kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa
|
Menyebabkan
jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar
|
7.
|
Stres
kerana didiagnosis ada risiko kesihatan
|
Menyebabkan
si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk
menyembuhkan
|
Ø Stres melebihi dos akan
menimbulkan keletihan bagi jiwa dan menyebabkan perasaan lelah.
Andai
jiwa tidak dibawa istirehat, dipaksa terus bekerja dengan pelbagai
kerisauan, maka jiwa itu akan lemah dan akhirnya akan mati.
Ø Kita solat kerana Allah
bukan untuk menghilangkan stres. Tetapi hamba yang berbuat sesuatu kerana
Allah akan dikurniakan segala yang baik-baik sama ada dari segi spiritual, mental,
fizikal dan material.
Ø Setiap kali Baginda Nabi
Muhammad saw menghadapi masalah, Baginda berwuduk dan mendirikan solat dua
rakaat.
Baginda akan berdoa, merintih penuh takut dan berharap
kepada Allah
yang
menurunkan musibah itu. Lalu Allah menurunkan sakinah
(ketenangan)
dalam dadanya untuk menghadapi musibah itu dengan tabah.
Ø Iman menimbulkan minda
positif.
Apabila kita beriman, pemikiran kita akan sentiasa
positif.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih Allah cintai daripada
Mukmin yang lemah”
(hadis riwayat Muslim)
Oleh itu,
Stres hakikatnya satu hadiah untuk kita lakukan muhasabah;
Dimana Allah dalam kehidupan kita?
Wallahualam..
Perkongsian daripada buku, Semuanya Soal Hati karya Pahrol
Mohamad Juoi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan