Alkisahnya TAKBUR...
"Betapa
ramai yang
berkuasa, terhenyak ke bawah akibat takbur. Betapa
banyak ilmuwan
terhina kerana takbur. Takbur juga adalah sebab
kemusnahan Iblis, Firaun, Qarun, Namrud, Abu Lahab dan lain-lain lagi."
DEFINISI
TAKBUR
Takbur
sering menyerang individu yang mempunyai potensi. Lebih banyak potensi yang
dimiliki oleh seseorang maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takbur.
Semuanya gara-gara merasakan diri ‘lebih‘ dan orang lain ‘kurang’. Berasa diri
mulia, orang lain hina.
TANDA TAKBUR
1) Tidak suka
berdoa
Enggan atau
jarang berdoa secara langsung ataupun tidak menunjukkan seorang hamba tidak
perlukan Tuhannya. Seolah-olah dia sudah berasa kuat, pandai, kaya, bersih dan
tidak ingin apa-apa lagi daripada Allah. Orang yang takbur juga sering
melewat-lewatkan solat.
2) Mudah terluka dan
melukakan hati orang lain
Orang yang
ego hakikatnya ialah ‘toxic people‘ yang meracuni persaudaraan, meretakkan
persahabatan dan membubarkan perkahwinan.
3) Sukar memberi
dan meminta maaf
4) Memotong cakap
orang lain
" The first
duty of love is to hear "
Tugas cinta
yang pertama adalah untuk mendengar. Orang takbur sering tandus cinta kerana
dia mengabaikan tugas cinta yang pertama iaitu mendengar.
5) Gila kuasa dan
jawatan
6) Cara
berpakaian dan berjalan yang angkuh
7) Gila pujian
Kuantiti
material dianggap petunjuk kewibawaan. Padahal kewibawaan kepimpinan bukan
ditentukan oleh kuantiti harta tetapi oleh kualiti jiwa. Dan jiwa yang
berkualiti itu antaranya adalah bebas daripada sifat takbur.
8) Bencana
yang menimpa pesaingnya
dianggap hasil kelebihan dirinya
9) Tidak suka
berziarah
KESAN TAKBUR
1) Allah
akan memalingkan hati orang yang takbur
2) Tidak
disukai Allah
3) Terhalang
daripada masuk syurga
4) Idaman
neraka jahanam
5)
Terjerumus dalam maksiat
6) Allah
tidak akan memandang kepadanya
"Lawan takbur ialah
tawaduk. Orang yang tawaduk, merasakan dirinya tidak dimiliki dan memiliki
apa-apa selain Allah"
~Semuanya Soal Hati, Pahrol Mohamad Juoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan