Khamis, 16 Oktober 2014

::Interesting Things To Do In Life::

Rasminya, 26 Jun 2013.

Hari terakhir bergelar mahasiswi.

1 tempoh yang sangat mendidik jiwa, peribadi, minda saya.

Konvo, 27 Oktober 2013.

*************************************************************
Adalah normal bila seseorang bertanya hala tuju seorang graduan.

Kerjakah? Sambung belajarkah? Kahwin???? erm...

Namun saya percaya, setiap satunya pilihan, ada cabang cabarannya tersendiri.

Me?

************************************************************

Setahun sudah berlalu. Cepat sangat. Andainya ini pilihan yang baik, tetap akan diteruskan.

Kadang-kadang kita tiada arah yang mapan untuk menempuh sesuatu benda.

Kadang-kadang kita mengikut arus, kadang-kadang juga terpaksa menongkah arus.

Kerana kita tak bisa merancang terlalu jitu, kerana juga hati yang rapuh untuk berdepan dengan dunia.

Hidup sebagai 'dewasa' ini seolah-olah dilepaskan dari sangkar untuk hidup di luar sana.


Kejuruteraan... adalah keperluan... fardh kifayah.

Ad-din... agama... adalah kewajipan... fardh 'ain.


Antara kesesakan di bidang kejuruteraa dulu, menyelit untuk mencari ilmu ad-din. Tak banyak pun (sebab hati ni terlalu manja dengan dunia). Lebih elok daripada zero...

Juga, antara impian selepas Degree Eng., ad-din... Hajatnya double degree. Jordan. Tak kesampaian.

Juga, Master in Falak, tidak kesampaian, dek ongkos yang tinggi. Masih belum mampu.

******************************************************************

Apabila seorang hamba berjalan mencari ilmu, akan dipermudahkan jalannya menuju syurga.

(kata-kata azimat ketika belajar peribahasa arab BA dulu)


Lama berfikir, ilmu tinggi mana pun, agama tiada, kemana hala tuju akhiratku?

Master kah yang dikejar? Duitkah yang dikepuk-kepuk untuk hidup?

No.

Kerja untuk amanah. Ilmu untuk pendamping.

Maka, tidak salah 2 in 1. Kerja+Belajar.

Penat dunia, moga dapat didik hati ini ingat pada akhirat. Insya Allah.

****************************************************************

Modul 1:

  • Pengantar kepada Syariah Islam
  • Pengajian Al-Quran
  • Pengajian As-Sunnah
  • Amalan Ijtihad
Modul 2: 
  • Sistem Ibadat Islam
  • Sistem Kekeluargaan Islam
  • Sistem Jenayah Islam
  • Sistem Muamalat Islam
Modul 3:
  • Syariah Islam dan Masyarakat Malaysia
  • Sistem Politik Islam
  • Sistem Pengadilan Islam
  • Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia

Alhamdulillah, Stage 1 dan 2 telah selesai. Moga ilmu yang dituntut dapat membantu ummah ini. 

Next, Stage 3 insya Allah dalam tempoh beberapa minggu lagi. 

Di saat sahabat-sahabat dan rakan lain berkonvo Master, aku akan berkonvo Sijil. 

Sekali lagi aku memujuk, bukan master yang dikejar, tetapi akhirat sana. 

Pandulah kehidupan dengan agama, Agama yang kukuh dan yakin. 

*****************************************************************

#Hajatnya nak berkongsi setiap subjek di atas di entri lain. Sebagai ulangkaji, tingkat kefahaman, share. 



Tiada ulasan: