Selasa, 2 Disember 2014

::GeNaP SeTaHuN JaGuNG?::

we are here @ Putrajaya
4 November 2013 (Isnin) - 4 November 2014 (Selasa) 

Hari pertama bekerja secara rasmi selepas graduate meski untuk post sementara lagi. (ouh ya, sebelum ni cikgu ya)

Datang kerja dalam keadaan blank. Mana tidaknya, bidangnya 100% bukan daripada apa yg di"graduate" kan. 

Daripada episod berkenalan-kenalan dengan semua orang yang baru, hinggalah jadi rakan (professional bg yang lelaki je).

Daripada bertatih buat surat rasmi kementerian, memo kementerian, calling2, hello2, meeting2, outstation2 etc. semuanya diajar dan belajar secara tak rasmi. 

Everyday is a learning day. 

Tak boleh berlagak dengan kemahiran yang ada tetapi berkongsi apa yang ada. 

Sebab, antara kemahiran yang kita tahu tidak semuanya diaplikasi dan kita berlapang dada untuk belajar perkara baru dalam hidup. 

Ada suka, ada duka. 

Yang suka, kita simpan. Yang duka, kita waspada. 

Stress, biasa. Menangis, tak biasa. Sakit hati, biasa (sakit telinga, badan semuanya adalah. complete set). Pendam, selalu. Marah, ermmm... kadang-kadang jek (ahaks!). baik hati, urm.... (uhuk2. x boley jawab la. nanti terlebih perasan pulak)

Pengalaman yang setahun jagung ini sedikit sebanyak membuka mata melihat dari sudut yang lain. 

1) Rezeki adalah hasil daripada titik peluh kita, Juga tak lupa hakikatnya datang dari Allah jua. Tetapi, tatkala terima rezeki extra tu, belum tentu ianya milik kita. Boleh jadi, yg extra tu bukan "halal" untuk kita, mungkin juga ianya hak orang lain. 

2) Rezeki, untuk dibahagi, dirasai. Not 100% milik kita meski kita meletakkan usaha untuk pekerjaan tersebut. Percayalah, ada bahagian untuk orang lain. Maka, tidak dilupa untuk siap-siap bahagi rezeki itu dengan istiqamah. Biarlah sedikit, asal istiqamah. 

3) Mengenali manusia ni, kena berlapang dada juga. Meski kita pun "macam" nampak baik atau dipandang baik, tapi jangan jadikan sifatmu, sikapmu memandang seseorang yang masih belum baik fizikalnya sebagai jijik, hina, rendah martabat. Kerana dengan seseorang yang kamu pandang rendah itu ada potensi menjadi jauh lebih baik darimu. Mungkin kerana dengan sikapmu, boleh jadi dia makin jauh untuk jadi lebih baik. 1 je pesanan, diam itu lebih baik on certain things. Doa dan nasihat berhikmah jangan dilupa. Lazimi perkara yang benar. Jadilah "minyak wangi" yang menyebarkan wangian kebaikan disekelilingmu. Insya Allah. Sedikit usaha yang menyumbang kepada perubahan seseorang, sangat bagus! 

4) Rezeki yang halal datang dari kerja yang amanah. Amanah dalam pekerjaan teruji dalam setiap pekerjaan. Dari sekecil-kecil perkara. Tak boleh bertangguh-tangguh. Tak boleh layan movie, facebook, youtube, berblog walhal kerja dikesampingkan. Tak boleh ambil harta benda kerajaan untuk perkara peribadi meski nak guna dakwat pen opis untuk buat diari? Print resume untuk hantar surat/dokumen permohonan kerja? Stok pen untuk rumah?etc. saya sangat terpengaruh/ takut dengan pengajaran dari Umar Abdul Aziz kisah lilin untuk urusan kerja & lilin untuk urusan peribadi. Sampaikan nak guna pen untuk menulis pun terfikir-fikir ianya hak kerajaan (duit rakyat). Biarlah dikelilingi fasiliti hak kerajaan di pejabat, asalkan betul kegunaan nya untuk bantu rakyat, bukan untuk peribadi. (ada benda yang boleh, jika diizinkan)

5) Jaga mulut. Syuhhh.... Kerana mulut, badan binasa. Undur perahu boleh lagi, undur kata rosak binasa. Kata ibarat pedang. Shin3x~ cot..cet..cot..cet dibolehkan tapi ada hadnya. Bila hadnya? Bila orang lain atau kita dah nak masuk entri cerita gossip, maka baiklah istighfar & berlalu pergi dari tempat tu. Sungguh! Perempuan, Lelaki, sama sahaja. 

6) Pertahankan aurat walau dimana tempatnya, masanya, dengan sesiapa sahaja. Kalau dah tahu Dato' tu jenis bersalaman x kira laki perempuan, maka pandai-pandailah jaga diri ya. Bukan nak melonggarkan tapi better jaga diri sendiri dari kita dengar cakap orang lain yang kita longgarkan prinsip diri. Why not just let a pair of glove in your blazer? mudah kan? Biarlah orang tu terasa. 

7) Waktu yang di claim untuk kerja biarlah dimanfaatkan. Bukan claim OT untuk kerja lebih masa dengan kerja-kerja x sepatutnya. isyh3... 

8) Perkara opis elakkan bawa ke rumah. Office is for Work. Home is for family. Jarang saya ni nak buat kerja di rumah (pemalasnya.... =D ) . Bukan, sebab badan ni pun bukan ada wayar-wayar, badan besi macam robot. so, kita tetap perlukan kasih sayang orang rumah untuk kehidupan kita. Ye dop? ^_^

9) etc.


Banyak lagi, cuma banyak lupa. Sebab hari-hari yang berlalu selama setahun ni terlalu banyak benda terjadi. Penyakit nyanyuk pun dah mula. so bad... apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana setahun ini mampu belajar perkara baru! 

This is what i can say, from zero to become heroin. =)

Barulah boleh panggil i setahun jagung. =)















Tiada ulasan: