Jumaat, 5 Februari 2010

::TangiSan PerTamA::


assalamualaikum dan salam sejahtera semua. alhamdulillah kerana masih lagi berkemampuan untuk menambahkan lagi catatan di sini. kali ini ingin membawakan sebuah sirah zaman lampau yakni kisah penghulu nabi kita, Muhammad SAW. bagi diri ini, kisah yang penuh penghayatan dan menyentuh jiwa. betapa tingginya kasih cinta Rasulullah SAW kepada umat. salah satu kisah nya dipetik daripada buku 'MALAM PERTAMA DI SYURGA'. mungkin kalian ada mengenali dan memiliki buku ini.inilah antara koleksi kegemaran diantara buku-buku yang ada. ikutilah kisahnya...semoga anda turut merasa sebagaimana cinta nya pada Allah dan Rasul itu tinggi melebihi segalanya.


~TANGISAN PERTAMA NABI SAW DI AKHIRAT~

PART 1

dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a. daripada Abbas r.a., bapa saudara Rasulullah SAW bahawa Nabi telah bersabda:

"Aku adalah orang (manusia)yang paling awal dibangkitkan daripada kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. umatku adalah umat yang terbaik. mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. mereka semua akan berkata: "kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala serta dibenarkan oleh para Rasul."

Ibnu Abbas berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril a.s. akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur MUhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: " Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara:"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggutnya. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. inilah tangisan pertama Nabi di akhirat!
..........................................................................................................................................................................

Jibril berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Ta'ala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril menjawab:" Wahai Muhammad! janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Ta'ala."

Baginda SAW bersabda:" Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril berkata:"Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda:" Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril berkata:" Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda:"Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril berkata:" Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"

Baginda SAW bersabda:"Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril berkata kepada baginda SAW:"Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril berkata kepadanya:"Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta ole Allah Ta'la? Sudahkah Allah Ta'la perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata:"Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku."

Baginda SAW bersabda kepada Buraq:"Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas Bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil menyeru: Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari dasar bumi ke perhimpunan Tuhan Yang Maha Perkasa."
..........................................................................................................................................................................

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

teruskan menulis.. moga dalam rahmat ALLAH selalu..

aku da tukar blog url.

http://nursumayya.blogspot.com