Dalam satu sesi motivasi, sebelum memulakan seminar, Prof Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim
Semua peserta mengangkat tangan."Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."
Prof Ibrahim meramas-ramas duit tersebut sehingga renyuk. kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya,
" Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?"
Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir." OK, apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM 100.00 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk malah kotor."Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof
Selesai bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan."Haa... apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa sebentar tadi?", tanya Prof. Pesertanya hanya diam dan sesetengahnya menggelengkan kepala.
Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana NILAI nya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM 100 tetap RM 100 walaupun 10 kali dipijak," jelas Prof.
Semua peserta tersenyum mendengar kata-katanya.Jika dikaitkan peristiwa tadi dengan kehidupan kita seharian, dalam hidup pasti kita akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasai diri kita tidak berguna langsung.
Tapi walau apapun yang telah terjadi, akan terjadi ANDA tidak akan hilang HARGA DIRI!
Bersih atau kotor, renyuk atau licin, ANDA tetap ANDA, masih berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau apa yang kita kenal, tapi SIAPA SEBENARNYA KITA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan