Mersing (7-20 mei 2011)
Episod 1
Seusai exam last paper (6mei), macam2 hal nak difikirkan untuk survey camp yang bakal bermula esok harinya. iye, survey camp (khemah ukur-subjek praktikal yg wajib bagi kursus kejuruteraan geomatik mcm sy & kwn2, juga ada pada student civil engineering dan QS quantity survey kalau x silap). Kepenatan melalui exam yang berterusan setiap hari memang satu tempoh yg mencabar. Tambahan semua core subjek pulak tu. Bukan diri ini sahaja yang rasa nak memberontak bagai nak terluah otaknya tapi kawan2 lain turut sama berkongsi peritnya. Semua kena telan walaupun perit dan pahit. Susah kan? Nasib baik takda yang emosinya terlebih2, setakat mengadu dan meraih suntikan semangat daripada rakan2 dan lecturer untuk teruskan fasa genting tersebut. Akhirnya, pass jugak fasa tu, fuh! peluh keringat takkan dilupa. Tapi... kegembiraan sekejap saja. Ni, survey camp punya cite nak taruk mana? lepas habis exam tu, kena tahan kejap sebab penyelia mahu bagi taklimat ringkas dan sesi penyerahan ubat anti malaria (... sesi la sangat... ok la tu). Mesti telan lepas makan makanan berat/dinner. Mak aih! tak pernah lagi rasa ubat sepahit tu! memang pahit, nasib baik saiz biasa je macam panadol dulu2 tu tapi ubat tu cepat cair dalam mulut, sebab tu kelatnya bagai nak rak. Selalunya tak pun macam ni.. takpe la hai obat...
Masuk bilik, nak rehat pun x tenang. Kena bungkus semua barang2 sampai clean n clear. Nasib baik dah bawak balik hampir 85% barang2 ke rumah tempoh hari. So, cuma tinggal barang2 utk dibawa ke camp & barang2 berbaki yang lain. Terima kasih sahabatku, tolong clearkan skali barang2ku.
7 mei; 7.30 pagi- sebahagian kawan2 turut sama bertungkus lumus mengemaskan barang2. Kini, perjuangan bermula. Hah amek! 6 beg kena angkut dari hostel ke fakulti.. isyh3, sangat berat. Mana nak letak la barang2 tu. Dah la kecik, barang banyak, tak padan. Haisyh, x pernah pergi kem bawak barang banyak macam ni, mungkin dah tau nak bawak utk persiapan selama 2 minggu, itu yang semua nak bawak. Kan dah merana badan. Hari-hari biasa ke fakulti memakan masa 10-15 minit shj dengan jalan kaki, tapi kali ni setengah jam pun x sampai2 lagi dek banyak sangat stop amek nafas dan gagahkan diri, tenggelam timbul amek nafas macam ikan dalam air. Hmm... nasib ada kawan2 yang turut bagi semangat walhal mereka sendiri pun memakan diri. gitu ye? Terima kasih ye my friends..
Pendaftaran- Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster (sinonim dipanggil makmak UKK). Date seperti yang dijanjikan. Katanya jam 7.30pagi mula pendaftaran tapi aku agak mesti mula lambat kan. Sebab masa sampai disana, ramai yang berpusu2 jugak nak daftar. Tak kurang juga beberapa maskulin tengah memunggah alat-alat ke dalam lori. Full 1 lori dengan barang tu shj, space utk barang2 keperluan kami yang setiap seorang dalam purata paling kurang 3-4 beg tu x sempat menumpang kasih.. memang kasihan kami..(kesian..kesian) Alamatnya, kena punggah balik barang2 tu ke tempat bustop FBB. Keciwa jugak, tp nak buat mcm mna, tak boleh tidak, kena jugaklah usung. Kami longgok shj beg2 yang dibawa, dah memang tak berkira dah selamat ke tidak, yakin shj selamat. Sementara menunggu bus yang dijangka menjemput kami pada jam 10 pagi, sebahagian besar ambil peluang ini untuk mengalas perut di kafe2 arked Meranti.
Dalam 10 minit-15 minit sebelum jam 10pagi, bas UTM sudah tiba di tepi jalan untuk menjemput kami. 3 bas semuanya. Apalagi, kami rebut2 nak masukkan barang masing2, dengan harapan tidak menempuh keciwa utk kali-2 pada pagi tersebut. Alhamdulillah, semua beg tak berbaki, masih mampu kami sumbat dalam bas tersebut. Maka, bermulalah permusafiran kami ke daerah Mersing, atau lebih spesifiknya ke Teluk Gorek Campsite & Chalet (TGCC) yang memakan masa perjalanan lebih kurang 4 jam; tinggal disana selama 2 minggu.
Itulah, belum lagi sampai ke destinasi dah banyak cobaan.. apa pulak ye menanti seterusnya? Tunggu dan lihat sajalah.. eh, tak... rasakan sendiri.
~Makmak UKK > bustop FAB~
~jalan yang ditelusuri~
~akhirnya! sampai jugak ke bustop FAB (fak. alam bina). sarat dgn barang nampak.. pweuhh..~
~lapo..makan kejap @ arked meranti~
KOLEKSI HANDMADE ME n OTHERS
~someone~
5 ulasan:
kita berkongsi pantai yang sama!
yeke? anda pasti?? buktikan!
miza =) best! kita pun tengah tulis pasal ni juga. kebetulan bukak mizah punye blog, tgk ade post ni. hehe. cuma isi berbeza. teringat kena panggil dengan dr
ps; nak curik gmbar satu buleh?
ami.. ternanti jugak cite ami ni. mne2...
wah, best dengar..si la sam bung ya a deq!
^_^
Catat Ulasan