DAKWAH BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA..~
Tarbiyyah bukan
untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk
orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan
untuk orang yang cepat bosan, lari,
lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan
bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti
yang senang dan
mudah join,
yang penat,
bersusah payah elak.
Bukan untuk orang
yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang
hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang
meletakkan dakwah hanya untuk
mencari calon
akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
Yang join hanya
untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan
kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
Yang cepat
mengalah,
Yang meletakkan
mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari
hanya selepas
ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
Yang hanya pandai
cakap (dan menulis), tapi amal kosong
Yang hanya tahu compare
jamaah itu dengan jamaah ini,
yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk
orang yang ikut liqa’
hanya kerana nak
disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk
orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah
untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk
orang yang tak boleh sesekali tidur lewat,
terpaksa berjalan
jauh.
Dakwah bukan bagi
orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar
besar dan mewah, yang aircond dan laju.
Yang tak nak naik
bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan
untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang
perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan
bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang
hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah
untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk,
susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
"TARBIYYAH
BUKANLAH SEGALA-GALANYA,
TAPI SEGALA-GALANYA
BERMULA DENGAN TARBIYYAH"
Tanpa anda,
orang yang sering
beralasan ini,
DAKWAH AKAN TERUS
BERJALAN
ISLAM AKAN TETAP
BERJAYA
UMMAH AKAN TETAP
TERPELIHARA..
Cuma tanpa
pencerahan,
TANPA TARBIYYAH,
TANPA DAKWAH
Belum tentu kita
akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak
memerlukan anda.
Tiada siapa pun
yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah
seadanya.
Saya menghitung
diri,
Terlalu kerap
menuturkan.
“saya busy..saya
sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini
petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan
hamba-Mu.
“amanah ini bukan
hak milik, tp anugerah dariNya”
~Allah pasti beri
kemenangan kepada Islam semudah Allah turunkan hujan daripada langit...~(Syed
Qutb)
2 ulasan:
LIKE
~Allah pasti beri kemenangan kepada Islam semudah Allah turunkan hujan daripada langit...~(Syed Qutb)
-nursyuhada.fatihah.zaimar-
insya Allah... peringatan sepanjang zaman. susah nk istiqamah ni... byk bermain dgn diri sendiri
Catat Ulasan